Tudung Labuh Buat Aku Hipokrit
Assalamualaikum, semua.
Tajuk post macam nak kena penyepak dengan alim ulama saja pula.
Maaflah kalau tajuk post kali ni agak mengundang rasa tidak enak di hati anda tapi sebelum apa-apa komen atau kutukan atau kritikan, mohon baca dahulu apa yang saya nukilkan di sini.
Saya langsung tiada maksud hendak mengutuk atau merendahkan mereka yang bertudung labuh. Sungguh, entry saya ini tidak ada kena mengena dengan sesiapapun kecuali diri saya sendiri.
Saya seorang yang bertudung labuh. Mula memakai sejak saya berumur tingkatan 3. Akhir tahun tingkatan 3. Alhamdulillah, saya dapat istiqhamah.
Tapi ada satu perkara yang buat saya sesal dan kadang-kadang terasa hendak berbalik kepada tudung biasa.
Saya terasa diri saya HIPOKRIT dalam pemakaian tudung labuh ini.
Sungguh, saya cakap. Saya memang zahirnya memakai tudung labuh tapi akhlak saya tidaklah sebaik mana. Ilmu agama saya tidak setinggi mana.
Jujur saya cakap, awal permulaan saya memakai tudung labuh, niat saya seperti tidak betul. Kind of mahukan perhatian begitu. Astaghfirullah. Tapi, insyaAllah, lama-kelamaan niat saya mula berubah menjadi lebih ikhlas.
Saya tahu akhlak saya tidak sebaik mana, dan kadang-kadang saya rasa tidak layak memakai tudung labuh tapi untuk berbalik kepada tudung biasa, entah saya rasa tidak sanggup. Saya sudah selesa dan rasa lebih selamat dalam tudung labuh.
Namun perasaan bersalah memakai tudung labuh dengan akhlak buruk selalu datang. Kadang-kadang bila saya terfikir hendak memakai tudung biasa semula, saya akan cepat-cepat berkata kepada diri saya,
"Sabar. Jadikan tudung labuh ini sebagai semangat untuk berubah menjadi gadis yang berakhlak tinggi."
Dan penyebab paling kuat yang buat saya rasa hipokrit dengan tudung labuh ialah kata-kata manusia.
Banyak yang jumpa saya pasti akan kata yang manis-manis belaka. Pujian yang melambung tinggi yang kadang-kadang saya rasa macam nak jerit nak menangis.
Ingin menjerit pada dunia bahawa saya tidaklah sebaik mana. Sungguh, saya ini hina.
Saya tahu, kata-kata manis mereka itu ibarat doa tapi saya tidak sanggup juga menerima apabila melihat diri saya.
Ada juga sesetengah lelaki yang merisik saya, siap ada yang melamar dan ajak saya bertunang yang saya rasakan atas dasar melihat pemakaian saya.
Memang rasa tension. Saya rasa hipokrit sangat sehingga membuatkan lelaki-lelaki ini terpedaya dengan saya.
Jujur berkata, saya susahlah nak berlakon ayu dengan kawan-kawan lelaki saya. Saya jenis yang ala-ala minah rock ataupun minah hipster walaupun pemakaian saya yang muslimah.
Saya tidak suka berlakon ayu sebab saya nak orang terima saya for who I am. Sekurang-kurangnya, bila orang saksi sendiri perangai buruk saya mereka tidak boleh menuduh saya berpura-pura selama ini sebab saya memang tidak pernah berpura depan mereka selama ini.
Saya jenis selamba saja cakap dengan mereka. Kasar begitu maka nanti bila mereka tuduh saya, saya sudah ada alasan untuk pertahankan diri saya.
Tapi saya tidak sangka, even kawan lelaki saya sendiri cakap sukakan saya kerana pemakaian saya. Katanya, saya ini baik, alim, lemah lembut bagai padahal saya rasa saya tak pernah action lemah gemalai bak gadis melayu terakhir.
I just be my ownself. I'm damn shock bila baca surat daripada kawan lelaki saya tu. Sedih! Sungguh, saya sedih. Saya rasa macam saya dah tipu mereka semua.
What should I do? Mungkinkah ini petunjuk supaya saya berbalik kepada tudung biasa sepertimana kawan saya yang dulunya berniqab lengkap tetapi sekarang sudah berbalik semula kepada tudung biasa.
Perhaps? Who knows right?
I'm stuck. Pening memikir apakah tindakan yang patut saya buat.
Saya bertudung labuh kerana hendak memperbaik akhlak saya,
kerana hendak mencari cinta Allah Taala bukan mencari cinta manusia.
Yang bisa berubah jikalau mereka mengetahui sikap sebenar saya.
Any suggestion? Please, do leave your comment. ;')
Fil amanallah. Salam Alaik.
Get in touch with your loved ones this CNY with unlimited mobile internet from #DiGi for just RM7/week!
Win an all-expenses-paid trip to Brazil to watch the 2014 World Cup finals! Find out how: #MaybankFIFA
Older Post | Newer Post
|
Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !
|