|| Just Him ||
Adiwira Alias AH 1
Tuesday 17 December 2013 @ 23:26 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum . ^,^
Memandangkan ada seorang sahabat saya me'request' supaya saya menyambung e-novel saya, maka setelah dipertimbangkan request itu, saya perkenankan maka here we go. Saya publish di sini saja.
Enjoy your reading, my dear friend. 
BOLA di tangan dilambung-lambung ke atas sambil MP3 berdentum kuat dengan lagu Hey Ladies-Rossa. Bola yang dilambung itu disambar seseorang secara tiba-tiba.

    Pandangan ditala ke arah orang yang merampas bolanya itu. Matanya secara automatik dijulingkan ke atas sebaik melihat gerangan orang tersebut.

    “Angah, janganlah kacau orang nak unwind ni,”gumamnya dingin. Ada jugak yang elok-elok makan nasi nanti makan penumbuk kot.

    Atiyah Hazirah mengukir senyum jahat. Baru putus cinta lah tu.

    “Apa kelas dapat bola tapi tahu main lambung macam tu ja. Lawan jom !” cabar Ira.

    Senyuman mula terukir di wajah Atiyah Hannah. Well, tawaran yang menarik. “Pemenang dapat apa?” kening diangkat double-jerk.

    “Loser kena basuh kasut sekolah winner selama sebulan, amacamAre you game, Tiya?” kening dironggeng nakal.

    Hesy, macam tak tahu ja yang aku ni ada darah keturunan Hang Jebat pantang dicabar. Rambutnya yang panjang paras bawah bahu diikat sebelum memandang Ira.

    “I’m game! Bila nak battle?”

    “Sekarang arr!”

    “Jom!”

    Mereka mula melangkah ke court netball di padang permainan taman perumahan mereka.

    “Macam biasa. Pilih pemain untuk geng Angah and I’ll do the same to you.” ujar  Ira sebaik masuk dalam kawasan court netball.

     “Kin, kau jadi pengadil.” Arah Ira kepada Sakinah setelah mereka selesai memilih pemain untuk pasukan pihak lawan. Dia sudah sedia di posisi GA sesuai dengan dirinya yang tinggi lampai. Lengan baju dilipat hingga ke bahu.

     “Orite!” jam tangan dipandang sekilas. “Disebabkan wisel tak ada, aku ganti dengan kiraan dan korang boleh start battle lepas tu.” Jam tangan dipandang sekali lagi sebelum mulut mula mengira.

    “Three, two, one! Battle!” bola dilambung tinggi sebelum kedua-dua pasukan merebut-rebut mendapatkannya.

    Gelanggang bola jaring mula hingar dengan sorakan.


NAFAS dihembus sebal. Patung Spongebob sebesar budak berumur dua tahun dipeluk kejap. Frust dah kata ‘bye’, bala pulak kata ‘hye’. Arghhhh, bengkek betul!

    “Hye, loser! Jangan lupa janji tau,” Ira mengangkat kening ala-ala The Rock.

    “Nantilah orang buat. Kejam punya kakak! Dengan adik sendiri pun berkira. Meanie!”

    Ira tertawa lucu.

    “Elleh, kalau dia yang menang, mesti dah beria-ria suruh orang buat punya. Macamlah Angah tak tahu,” ponytail Tunya ditarik sebelum dia membuka langkah seribu ke biliknya.

    “Angah!!!!!!” huwaa, bengangnya! Patung Spongebob ditekup pada muka sebelum dia menjerit. Gila kejam punya akak. Tak kesian ke dekat adik dia yang cun lagi melecun ni? Hish, habis rosak imej aku! Sob, sob!


JAM di atas meja solek dipandang sekilas. 6.55 pagi. Alamak, lambat dah ni! Rambut pantas ditocang. Tudung dicapai dan disarung ikut dan saja. Beg sekolah digalas.

    Langkah diatur pantas ke dapur.

    “Morning, ma, pa. Angah mana?” Puan Hawa dan Encik Amran yang sedang sarapan itu disapa. Kelibat Ira dicari.

    “Dekat bilik dia lagi. Kejap lagi turunlah dia tu. Breakfast cepat!” ujar Puan Hawa.

    “Ouh!” Kerusi meja ditarik. Roti dicapai. Kelibat Atiq pula dicari.

    “Adik mana?”soal Tiya lagi.

    “Pun tak turun lagi.”

    “Morning, ma, pa,” sapa Ira dan Atiq yang baru turun dengan serentak.

    “Aik, tak dak siapa ka yang nak sapa Tiya?” usik Tiya.

    “Tak hingin!” serentak Atiq dan Ira berkata sehingga mengundang tawa di meja makan.

    Cuma Tiya saja yang tidak ketawa. Dia menjelir lidah kepada Ira dan Atiq.

    “Dah, jangan gaduh. Depan rezeki.” Tegur Encik Amran.

    “Along balik bila, pa?” soal Ira.

    “Hujung minggu ni katanya.”

    Ira mengangguk faham. Pandangan dibawa menghadap Tiya.

    “Jom gerak! Angah nak kena cepat ni.” Gesa Ira.

    “Jom!” sahut Tiya.

    “Ehem, dah lupa ka?” tiba-tiba Puan Hawa bersuara saat Tiya dan Ira ingin melangkah pergi.

    “Aiseh, terlupa pulak nak salam raja dan ratu hatiku ni,” seloroh Tiya cuba mengaburi kesalahannya sambil tersengih. Tangan mama dan papanya pantas disalam.

    Ira turut berbuat begitu sebelum mereka berlalu pergi.

    “Tiya tahu kan petang ni ada latihan bola jaring?” soal Ira semasa mengikat tali kasut sekolah.

    “Yup!” dia berdiri tegak selepas selesai memakai kasut.

    “Meh kunci motor. Tiya nak start enjin.”

    Kunci motor Honda Icon dihulur kepada Tiya.


CENTER, sini!” jerit Ira kepada Tiya yang mengambil posisi center dalam latihan bola jaring petang itu.

    Tiya melontar bola tersebut kepada Ira yang mengambil posisi GA.

    Bola yang dilontar oleh Tiya disambut cekap oleh Ira dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Sebaik saja bola itu berada dalam tangannya, terus dia aim bola itu untuk dijaringkan. GK di hadapan menggoyang-goyangkan tangan cuba mengganggu konsentrasinya.

     “GK, tikus tu!” jerit Ira kepada GK tersebut secara tiba-tiba.

    Apa lagi…terus melompat GK tersebut dibuatnya sehingga terlupa akan tugasnya untuk menghalang Ira dari menjaringkan bola.

    Ira tertawa kecil sambil tangan dilonjakkan sedikit ke atas untuk menjaringkan bola itu masuk ke dalam jaring. Masuk ! Wisel panjang dibunyikan oleh Cikgu Fairuz.

    “GK, jangan marah ya? Lain kali jangan mudah tertipu kalau orang cakap macam tu.” Ujar Ira kepada pemain posisi GK tadi.

    “Okey, thanks Kak Ira. Tak marah pun. My fault.” Tutur pemain posisi GK yang bernama Hanim itu sambil tersenyum malu.

    “Nice trick, Ira. Hanim, nanti kalau lawan jangan mudah tertipu dengan pihak lawan, ya?” nasihat cikgu muda yang bernama Fairuz itu mengulangi kata-kata Ira ketika semua pemain berkumpul di tengah gelanggang bola jaring.

    “Okey, girls. Kita sambung latihan esok pulak. Jangan datang lewat pulak ya.” Sempat Cikgu Fairuz sarkastik mereka yang selalu datang lewat semasa latihan bola jaring sebelum dia beredar.

    Tiya meneguk air seperti sebulan tidak minum.

    “Letihnya!” serentak mereka satu pasukan berkata disusuli tawa.

    “Wei, control cunControl cun! Budak bola sepak nak lalu sini arr...”ujar seseorang secara tiba-tiba.

    Ira dan Tiya serentak menjulingkan mata ke atas. Meluat dengan aksi budak-budak bola jaring yang menggeletis tahap tak ingat. Memang itulah reaksi budak-budak bola jaring bila budak-budak bola sepak atau ragbi datang ke port mereka mulalah keluar kegatalan mereka. Rasanya keturunan ulat bulu pun tak gatal sampai macam tu. Agaknya mereka semua ni kena sembur dengan gas ammonia satu badan setiap kali budak-budak ragbi atau bola sepak datang sebab tu yang gatal semacam tu. Agaknya lah kan?   

    Sebenarnya dah jadi tradisi kebanyakan budak netball couple dengan budak bola sepak atau budak ragbi. Entah tradisi mana yang mereka kutip pun tak tahu. Sememangnya pasukan bola jaring, bola sepak dan ragbi adalah antara team yang popular si sekolah mereka. Dan sebab itu jugaklah, ada saja yang nak join tiga-tiga pasukan ni sebab nak jadi popular dan nak couple dengan budak popular. Tapi Ira dan Tiya tak pernah pun terasa nak couple dengan mereka. Sebab banyak sangat kekwat padahal main tak adalah handal manapun.

    Ikatan ponytail diperkemas.

    “Tiya, blah jom!” ajak Ira.

    “Jap!” air di dalam botol diteguk lagi. Memang haus tahap gaban arr.

   “Hai, Tiya. Letih ke?” sapa Syahmi. Salah seorang ahli pasukan bola sepak 18 tahun ke bawah. Dia melabuhkan duduk di sebelah Tiya.

    Allah, kacau betullah mamat ni. Tiya hanya memekakkan telinga dengan sapaan Syahmi.

    “Ira sayang! Tunggu I ke?” satu suara berkata dengan kuat.

    Uwekk! Geli tekak aku dengar. Ira menjeling Farid yang baru menyapanya. Wajah-wajah pemain bola jaring dipandang sekilas. Semunya terpegun melihat Farid kecuali dia dan Tiya. Mungkin sebab mereka dua dah imun dah kot dengan wajah-wajah handsome sebabnya si wajah handsome yang akan cair bila tengok mereka berdua macam mana Syahmi dan Farid yang cair tengok mereka berdua. Hehehe !

    “Tiya, jom!” ajak Ira sekali lagi. Dia sudah berdiri sambil menggalas beg sandangnya.

    “Jom!” Tiya turut bangun. Malas hendak melayan dua ekor ulat bulu yang sedang naik daun tu.

    “Ira sayang. Takkan nak balik dah kut. Kalau ya pun, sembang-sembang la dulu dengan I.” kata Farid yang merupakan kapten bola sepak bawah 18 tahun.

    “Hish, I’m neither your wife nor your friendSo please stop sayang-sayang with me! Geli la.” Ira terus jalan meninggalkan Farid. Dia menuju ke tempat letak motosikal. Kocek seluar diseluk untuk mengambil kunci motornya.

    Tiya pantas berlari mendapatkan Ira.

    Farid turut mengejar Ira. Dia berdiri di hadapan motor Honda Icon milik Ira yang dihadiahkan oleh Encik Amran sempena ulang tahun hari jadinya yang ke-16.

“Sayang, kenapa you ni berlagak sangat  dengan I, huh? Cuba cakap manis-manis sikit dengan I.” senyum ala-ala 2 juta megawatt diberikan kepada Ira. Agaknya kalau elektrik tak ada, boleh la suruh si Farid ni senyum sebagai ganti kepada generator yang hasilkan elektrik tu. Boleh jugak jimat duit. Hehehe!

    Ira tersenyum sinis kepada Farid sambil menghidupkan enjin motornya.

    “Tak hingin aku! Dah ke tepi sikit. Aku langgar kang, baru padan dengan muka poyo kau tu.” Gear dipulas.
    Tiya sudah membonceng di belakang sambil memakai helmet.

    Farid pantas berjalan ke tepi apabila melihat Ira berura-ura nekad hendak melanggarnya.

    “Bye-bye Abang Farid. Try next time pulak, ya.” Peril Tiya sambil memberi lambaian ala-ala princess.

     Farid mengepal penumbuk. Mukanya merah menahan marah. Jaga kau, Ira. Satu hari nanti, kau akan melutut depan aku, desis hati Farid penuh tekad. Sungguh dia menyukai Ira.


EUKK, gila betullah si Farid tu. Syahmi pun lagi sekor. Memang spesies amoeba tak faham bahasa. Dah orang tak suka tu, janganlah kacau,” omel Tiya sambil memperbetul letak helmet yang dipakainya secara kelam kabut tadi kerana hendak melarikan diri daripada orang yang tak faham bahasa itu.

    “Biarlah dekat mereka tu. Agaknya mereka tu fail pemahaman kot.” Balas Ira.

    “Kalau diorang pegang kita tadi, memang Tiya akan jerit yang diorang tu buat gangguan seksual dekat kita,” ujar Tiya dengan nada geram.

   Ira tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu.


BADAN terus menghempap katil sebaik memasuki bilik. Penat! Tudung diragut kasar daripada kepala dan dilempar aci main sempat ja.

    “Letihnya! Nasib baik petang ni tak ada training.” Omel Tiya. Dia bangun untuk menukar pakaian setelah selesai melepaskan lelah.

    Selesai menukar pakaian, dia membawa diri ke dapur. Makan tengah hari time! Tudung saji diangkat. Daging masak merah dan sambal ayam dipandang dengan penuh selera. Yummymy favourite dishes.

    Tocangnya tiba-tiba ditarik dari arah belakang.

    “Angah!!!!” tak perlu tengok wajah siapa yang menariknya tocangnya pun dia sudah tahu.

    “Ish, janganlah panggil nama orang. Tahulah orang popular!” loyar buruk keluar daripada mulut Ira.

    Mata dijulingkan ke atas. Hampeh betul akak aku sorang ni, gumam hati Tiya. Kalau kakaknya dengar kata-katanya ini agaknya mesti dia dah tertelan mangkuk mahal milik mama tu. Hehehe ! Dia meneruskan langkah ke rak pinggan.

    “Wah, sedapnya! Tiya, ambik pinggan untuk Angah sekali.” Ira sudah duduk, ready untuk melantak.

    Tiya mencebik bibirnya.

    “Ambik sendiri!” pinggan yang telah berisi dengan nasi itu diletakkan atas meja makan.

  “Pemalas punya adik!” Ira bangun melangkah ke arah rak pinggan. Tapi sebelum itu sempat lagi dia menarik ponytail Tiya.

    Terbantut niat Tiya untuk menyudu sambal ayam yang dari tadi menyebabkan air liurnya kecur. Wajah Angahnya dikerling tajam. Hesy, tak pasal Angah dia kot yang jadi lauk untuk makan tengah harinya hari ni. Nasib baik dia ni bukan keturunan predator kalau tak dah lama nahas akak dia ni, dia dikerjakan.

    “Angah, tahulah rambut orang panjang dan lurus bak kata iklan Rejoice guna jari pun boleh tapi tak payahla nak jealous sangat.”

    “Cehh… perah santan betul.” Ira menjuih bibirnya. Usai menyudu nasi, dia kembali semula ke tempat duduknya tadi. Dan sekali lagi, ponytail Toya menjadi mangsa deraannya.

    “Angahhhhhh!!!”

    “Shh, depan rezeki tak baik gaduh.” Sambil tersengih, Ira berkata.

    Erghh! Naik bas pergi kelas, tengokla esok lusa mesti Tiya balas, pantun dua kerat oleh Tiya di dalam hati. Jagalah Angah bila Along balik nanti.


PRICE TAG-Jassie J ft Bob sedang dimainkan dari speaker laptop LENOVO warna pink milik Tiya sambil dirinya ber‘chatting’ di Facebook.

    Kedengaran pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum dikuak. Pandangan ditala ke pintu namun jari tetap laju berlari di atas papan kekunci.

    “Ish, budak ni. Berdentam dentum buka lagu tu, patutla mama ketuk pintu tak dengar. Tiap-tiap hari kerja main benda tu ja. Dah solat ka belum ni?” soal Puan Hawa garang.

    Tiya sengih. “Jap, lagi 5 minit Tiya solat.”

    “Lagi 5 minit... lagi 5 minit... Last-last terkubur macam tu ja solat. Tak dak maknanya 5 minit. Pergi solat sekarang atau mama hempuk laptop tu bagi pecah kot.” Ugut Puan Hawa.

    “Ya, ya! Tiya solat sekarang.” Tiya pantas menuju ke bilik air bagi mengelak ibunya terus membebel panjang.

    “Suka sangat tangguhkan solat. Bukan tak tahu, tak elok tangguh solat lama-lama. Nyawa tu bila-bila masa Allah boleh tarik. Tu kalau Malaikat Izrail cabut nyawa sebelum sempat nak tunaikan solat, macam mana? Haih, suka sangat ambil ringan soal solat,” bebel Puan Hawa panjang sebelum beredar.

    Selesai solat Zohor, Tiya kembali menghadap Facebook semula. Kelihatan pop-up mesej daripada Ira timbul.

     Ira TheNet: Tiya, mehla blik Angah, org ad cite hot na kongsi nie.

     Perghh, nak yang tak tahan ni. Cerita hot tu! Mesti kena dengar. Sepantas kilat dia menuju ke bilik Angahnya sambil mengusung laptopnya. Pintu bilik Ira diketuk perlahan sebelum tangan kanan memulas tombol pintu. Dia meletakkan dahulu laptopnya di atas katil Ira sebelum turut meniarap di atas katil Angahnya itu.

    “Hah, cepatlah cerita. Apa yang hot sangat tu?” tanpa sabar Tiya menutur. Hesy, ada bakat jadi wartawan hiburan betul.

    Ira mengangkat sebelah kening tinggi.

    “Ada budak baru, masuk kelas Angah.”senyum misteri diukir buat Tiya.

    Kening Tiya turut terangkat tinggi.

    “Perempuan ke lelaki?”

    “Girl.”

    “Cun arr …?” nakal Tiya bertanya.

    Sejenak Ira cuba membayangkan wajah gadis itu semula.

    “Cun jugak. Putih, tinggi, sesuai kalau nak masuk team netball untuk 18 tahun ke bawah tapi…” sengaja Ira membiarkan ayatnya tergantung.

    Aik, buat saspens pulak Angahnya ni!

    “Tapi apa?” soal Tiya lagi.

    “Dia tu ala-ala muslimah girl sikitla. Tudung labuh, tangan baju sekolah dia pun berbutang, stoking panjang ala-ala macam stoking minah Korea pun ada. Lepas tu, senyap je mulut. Dengan boy sikit pun dia tak cakap. And yang paaalinggg menarik is…” suara ditarik panjang.

    “Apa?” Tiya mencelah excited!

    “Dia duduk sebelah Angah. Huh, cuba bayangkan.”

    “Perrghhh, biar betik?!!!” terkejut beruk Tiya menutur. Memang unbelievable betul. Sebelum ini, mana ada siapa-siapa pun duduk sebelah Angahnya. Tempat Angahnya itu bagai direserve khas untuk Angahnya seorang sementelah mereka semua amat menghormati dan tabik Angahnya kerana menjadi satu-satunya pemain netball yang pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan. Dan sebab tu jugaklah Angah jadi captain untuk team netball 18 tahun ke bawah. Tempat duduk Angah tu pun special gile! Meja tu betul-betul tengah kilat dan bawah kipas. Nahh, special tak special yang pasti kalah VVVVVVIP tu!

    “Bukan takat betik, ni dah tahap papaya dik oii.” Karut Ira sebelum menyambung. “Tapi biarlah dia duduk tepi Angah pun. Angah dah boring tahap cipan duduk sorang-sorang. Tak ada siapa-siapa nak cakap dengan Angah tambah-tambah waktu class Sejarah yang boring tahap dewa tu. Maybe she can be my bff one day. Who knows…” sedikit berseloroh Ira berkata di akhir ayat sambil mengukir sengih.

    Bahu diangkat. “Ikut Angah la. Asal Angah bahagia, dan Tiya pun bahagia sebab tak jadi mangsa dera Angah. Hehehe! Anyway, siapa nama dia?”

    “Farhah Haifaa.”

    “Emm… nice nameSo akak sembang macam-macam la dengan dia tadi?”

    “Em, takla banyak sangat. Tapi overall okeyla. Best jugak cakap dengan dia. Dia tak adalah oll’skool mana pun.”

    Tiya mengangguk.

    “Esok kenalkan boleh?”

    “No hal. Tunggu dekat koperasi masa rehat esok. Angah… eh?” mata Ira membulat seketika. Ayatnya terhenti.

    “Apa?” Tiya pelik mendengar ayat Angahnya tergantung.

    “Pakwe baru ke?” soal Ira merujuk kepada profil Fcaebook seorang budak lelaki yang baru dibuka oleh Tiya.

    “Bakal pakwe baru.” Senyum nakal diukir seraya mengangkat kening.

    “Cepat betul cari pengganti. Sudah-sudahla tu. Tak payahla couple. Bukannya best pun.” nasihat Ira. Pelik betul dia. Apalah yang seronok sangat tentang couple ni? Menyakitkan hati je bila break dengan pakwe nanti.

    Best apa dapat mainkan lelaki,” Tiya mengukir senyum jahat.

    Mak aii, playgirl betul. Tah gen mana yang dia kutip pun tak tahu. Serasa aku, mama dengan papa tak ada pun gen playgirl or playboy ni.

    “Angah yang umur 17 ni pun tak pernah couple, Tiya pulak yang couple mengalahkan orang tukar baju waktu buat fashion show,” matanya dijulingkan ke atas.

    “Bebel!”

    “Bukan bebel. Nasihat aje.” Balas Ira. Pandangan difokus semula kepada novel online Chomelnya Chenta.



Older Post | Newer Post





Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !


DiaryAboutNovelSite