|| Just Him ||
Adiwira Alias AH 2
Wednesday 18 December 2013 @ 00:06 | 1 Comment [s]



“TIYA!!!”

    Aiseh, potong stim betul ar! Baru je nak layan perlawanan tarik rambut secara langsung antara Nabila dan Julia. Pandangan dilarikan kepada subjek yang memanggil namanya tadi. Lah, angah. Ek, dengan sapa tu? Giler naïf je tengok. Memang kontra habis tengok dia yang ala-ala muslimah tengah berlakon dalam cerita Tahajjud Cinta tu jalan seiring dengan angahnya yang ala-ala Kak Yong dalam cerita Bini-biniku Gangster.

    “Kenapa tu?” soal Ira kepada Tiya sebaik sahaja tiba di hadapan Tiya. Mulutnya dimuncungkan ke arah Nabila dan Julia yang sedang berperang.

    “Macam  biasa la. Gaduh sebab boyfriend.” Tiya menjawab selamba. “Siapa ni, Angah?” senyuman diluhurkan kepada gadis Tahajjud Cinta tadi tu. Eheh, mandai-mandai je bagi gelaran dekat orang.

    “Hah, ni kenalkan. Farhah Haifaa, kawan angah yang baru masuk tu. Call her Akak Wawa. Wawa, kenalkan ni adik saya, Atiyah Hannah. Panggil dia Tiya a.k.a Don Juan versi wanita.” Sempat Ira men‘sarkastikus’kan Tiya.

  Tiya menjeling Ira tajam sebelum mengukir senyuman kepada Wawa.

    “Ehh, salah kot. Bukan Don Juan versi wanita tapi Hannah Montanah versi Malaysia.” Tiya menjelir lidah kepada Ira.

    Empunya nama Farhah Haifaa mengukir senyuman lucu mendengar usikan dua beradik itu.

    “I’ll prefer Tiya more than Don Juan or Hannah Montanah. Simple but nice. Anyway, salam ukhwah,” tutur Wawa lembut.

    “Ouh, thank you. Sweet la akak ni. Hehehe! See angah, Kak Wawa puji nama Tiya, angah ada?” sengaja Tiya berkata begitu. Gaduh-gaduh kecil macam ni la yang dapat mengeratkan hubungan. Ecewahh, yelahh. Jangan nanti angkat parang sudah.

   “Eleh, baru puji sikit dah kembang sepelaung.” Ira mencebik. Dia kembali menumpukan perhatian kepada Julia dan Nabila yang masih bergaduh. Hisy, budak dua ni memang cari nahas betul la.

    “Eh, korang boraklah dulu. Saya nak pergi leraikan pergaduhan diorang berdua tu kejap. Nampak dek Ustazah Basyirah, naya kita semua.” Ira mula menapak ke arah Julia dan Nabila yang masih dengan aksi ‘kita tengok rambut siapa yang tercabut dulu’.

    Tiya dan Wawa hanya menghantar Ira dengan pandangan jauh. Wajah Wawa dikerling sekilas.

    “Em, best tak kawan dengan angah?  You know, she is a little bit rugged just like me. Hehe!” sempat Tiya bergurau di akhir ayat.

    Wawa tertawa perlahan.

    “Okey je. Dia banyak tolong akak untuk sesuaikan diri dekat sini,” jawab Wawa ikhlas.

    “School sini okey?

    “Tak tahu nak kata sebab masih baru lagi, kan? Tapi setakat ni… Alhamdulillah, everything going smoothly.”

    Tiya mengangguk.

    “Anyway, Tiya ada satu pesanan penaja nak bagi dekat akak. Eh, bukan satu tapi dua.”

    “Apa tu?”

    “First, akak hati-hati sikit. Boy dekat sini miang sikit so make sure selalu jalan dengan angah. Second, jangan cepat percaya dengan mana-mana budak. Tak kira la boy ke girl ke, sama aje. Tak boleh percaya sangat except… Tiya dengan Angah je. Hehehe!” sengih perasan ditempek ke wajah.

    “Orite! Copy that, ma’am,” Wawa mengukir senyum kepada Tiya.


WAH, bestnya! Hari ni hari Jumaat. Along balik hari ni. Yahhoooo!

    “Oii, yang kau sengih tiba-tiba ni dah kenapa? Kena sampuk ke?” soalan yang tiada tapisan keluar daripada mulut Didi.

    “Tak ada apa lah. Cuma teringat dekat Along aku. Dia balik hari ni,” jawab Tiya. Senyuman masih terukir di bibirnya. Malas hendak bertekak dengan teman karibnya itu, hari ni mood dia baik. Ecewah, masuk troli tolak sendiri pulak.

    “Ek ena. Gaya macam Edward Cullenz baru melawar kau je. Bikin suspens je. Anyway, aku ada berita gembira nak habaq mai,” ujar Didi. Excited!

    Cikgu tak mai lagi, boleh la nak bergosip mengisi masa terluang kejap.

    “Apa dia?” dengan malas Tiya bertanya. Bukan tak tahu, kawan dia ni bab gosip memang nombor 1. Kalau Naz Ahmad.

    “Ada mamat form 4 baru masuk sekolah kita. Handsome giler sampai boleh pecah tembuluh darah. Dia masuk 4 Sains 1. Perghh, masyuk tu mamat tu. Dah la handsome, pandai pulak tu,” dengan nada seteruja-teruja dan terujanya Didi menutur.

    Tiya masih dengan wajah beku di tahap suhu negatif 30.

    “Ek? Handsome sangat ke? Aku rasa kambing tok wan aku lagi handsome daripada dia,” balas Tiya selamba.

    “Ek la budak ni. Orang cakap, dia main-main pulak.” Tutur Didi bengang.

    “Malas aku nak layan cakap kau. Bukan boleh percaya sangat. Bangla sebelah rumah kau pun kau kata handsome.”

    “Serius aku cakap kali ni. Tak tipu! Kau mesti ternganga punya tengok dia.” Ayat penyata yang keluar daripada mulut Didi.

    Tiya memandang Didi tidak percaya.

    “Ye ke? Kalau aku tak nganga camna?” Tiya mencabar Didi.

    “Aku berani kerat kuku aku yang terpanjang ni kalau kau tak nganga.” Didi angkat kening double-jerk.
    “Deal! Rehat nanti kau tunjuk dekat aku.”

    “No problem!” penuh yakin Didi menutur. Dia pasti Tiya akan ternganga melihat lelaki yang dia sebut-sebutkan tadi.


TANGAN Tiya dicuit oleh Didi saat nasi lagi suku inci akan masuk ke mulutnya. Laila dan Ijat di hadapan makan tanpa mempedulikan mereka berdua. Lapar sangatlah tu.

    “Apa?” Tiya mendengus. Aku pun lapar jugak, wei! Huhu!

    “Tu mamat yang aku cerita dekat kau tu. Yang pakai baju sekolah tangan panjang. Dia duduk tepi Syahmi,” beritahu Didi merujuk kepada seorang lelaki yang baru saja mengambil tempat di tepi Syahmi.

    Tiya memfokuskan pandangan ke arah lelaki yang ditunjuk oleh Didi. Keningnya terangkat sebelah melihat lelaki itu. Ek? Mamat skema macam tu pun dia boleh kata handsome? Sah deria penglihatan Didi mengalami kerosakan. Sungguh buta mata kawanku ini. Parah… parah…

    “Macam tu pun kau kata handsome? Memang sah kambing tok wan aku lagi handsome.” Selamba ayat itu meluncur keluar daripada mulut Tiya.

    Syahmi yang perasan Tiya melihatnya sudah memberikan senyuman 2 juta megawatt. Memang anak didik Farid yang berjaya betul.

    Tiya menjulingkan mata ke atas melihat senyuman Syahmi. Pandangan ditala semula ke arah juadah nasi ayamnya yang belum luak walau sedikitpun.

    “Hish, kau ni. Punyalah handsome mamat tu, kau boleh bandng dengan kambing tok wan kau. Sungguh tidak patut diriku rasa,” balas Didi dengan ayat skema.

    “Dahla, malas aku nak layan kau. Walau apapun, mulut aku sedikit pun tak ternganga tengok mamat handsome skema kau tu jadi silalah tunaikan janji kau.” Pengepit kuku dihulur kepada Didi beserta senyuman kemenangan. Tu la siapa suruh cabar aku lagi. Hahaha! Gelak jahat bergema dalam hati Tiya.

    Muka frust mula tertayang di wajah Didi. Erghh, susah betul la nak buat minah ni tertawan. Pengepit kuku diambil kasar. Namun, dia masih tidak mahu mengalah.

    “Tapi kan, aku teringin nak tahu nama dia.”

    “Kalau nak tahu, pergi la tanya. Apa susah.” Tiya memakan nasi ayamnya dengan penuh selera.

    “Tak nak la.”

    “Dah tu, tak payah la tahu nama dia. Senang! Habis cerita.”

    “Belum habis lagi la!”

    Tiya mendengus.

    “Apanya lagi kau ni? Aku nak makan la. Mohon jangan kacau boleh tak?”

    “Aku takkan kacau kau makan tapi dengan satu syarat.” Rancangan jahat mula dirangka di dalam otak.

    “Aku nak kau dapatkan nama dia,”

    “Hesy, tak nak ahh aku. Bukannya dapat duit pun,” isi ayam diratah licin.

    “Kalau kau dapatkan nama dia, aku janji aku belanja kau makan selama seminggu.”

    “Hesy, cara kau cakap dah gaya macam berjudi pulak. Tak nak ah aku. Haram!”

    “Bukan judi tapi hadiah ja. Bolehla!” pujuk Didi.

    Tiya tersenyum kacang. Hurm, okey jugak tu. Duit poket aku jugak yang selamat nanti. Bolehla simpan untuk beli novel.

    “Okey, janji ar. Seminggu belanja aku makan nasi ayam.”

    “Janji!”
   

THREE, two, one and SHOW TIME!

    Cawan plastik yang masih mengandungi air sengaja dicurahkan kepada mamat di hadapannya. Oppsss, sengaja!

    Bulat mata lelaki itu melihatnya. Hai, cik abang. Tahulah saya cantik tapi tak payahla tenung saya macam nak makan. Hehehe! Sempat Tiya berseloroh di dalam hati sebelum dia mula berdrama.

    “Sorry, sorry… tak sengaja. Lantai licin tadi.” Pantas Tiya member penjelasan yang terang lagi nyata hanyalah auta semata-mata. Tag nama lelaki itu cuba dicari. Aiseh, tak ada la pulak. Tak apa, kita guna pelan B pulak.

    Lelaki itu dilihat cuba menahan sabar.

    “Awak ni jalan macam mana? Lain kali jalan tengoklah depan.” Suaranya seperti tertahan-tahan. Baju baru kot, wei. Tak pasal-pasal dah kotor. Tak ke naya balik nanti kena marah. Kot kalau dia budak sekolah rendah lagi tak apa la.

    “Sebab saya tengok depanlah, saya tak Nampak yang lantai ni licin. Tapi kalau saya tengok bawah pun, mesti saya tetap terlanggar awak sebab tak nampak awak jalan depan saya. Kesian awak, habis basah satu badan,” auta Tiya lagi. Haih, dah berkepuk dosa kau buat hari ni Tiya oii. Drama Princess betul!

    Asap halimunan suah mula keluar daripada telinga lelaki tersebut. Hesy, nak menipu lagi tu.

    “Alamak, bro! Lek ar. Tak payahla nak hot, cool sudah ar. Nak hot dengar hot fm ar.” Sempat Tiya berloya buruk yang kononnya lawak la. Melihatkan wajah lelaki tersebut yang semakin merah mungkin menahan marah. Pantas Tiya menyambung. Poket baju diseluk.

    “Alamak, sentap pulak dia…  Tak payahla sentap lama-lama, nah saya bagi sapu tangan kesayangan saya ni. Lap baju tu. Jaga elok-elok sapu tangan ni. Saya sayang giler sapu tangan ni,” sapu tangan berwarna peach mempunyai sulaman nama Tiya, dihulur kepada lelaki itu.

     Lelaki itu mengambil sapu tangan itu lalu terus beredar dari situ. Cuba meredakan pantas di hati. Namun sempat dia mengucapkan ucapan terima kasih kepada Tiya.

    “Huish, giler sabar mamat tu. Tak mencabar lamgsung tapi bagus jugak, lagi senangla kerja aku. Hihihi!” ujar Tiya perlahan. Senyum diukir. Langkah dibuka menuju ke meja Syahmi.

    Kerusi lelaki tadi yang bersebelahan dengan Syahmi kini diduduki oleh Tiya.

    “Hai, Syahmi.” Syahmi disapa sambil mata meliar melihat buku tulis di atas meja makan.

   Terus melopong mulut Syahmi melihatkan Tiya yang tba-tiba mencemarkan duli menegurnya. Namun cepat-cepat dihulur senyuman penggoyah iman kepada Tiya.

    “Hai Tiya! Buat apa datang sini?” soalnya. Suara dah jadi macam buluh perindu.

    Tiya angkat kening ala-ala Ziana Zain.

    “Aii, tak suka ke saya datang sini? Tak pelah, saya pergi dulu,” Tiya berpura-pura ingin beredar. Nah, dah datang balik bakat pelakonnya itu.

    “Eh, mana ada saya kata tak suka. Dudukla.” halang Syahmi.

    Dalam hati dah ada pesta siap bunga api lagi. Yes! Tiya duduk semula. Buku yang diusha dari tadi diambil.

    “Aik, sejak bila jadi ulat buku ni?” Tiya berpura-pura bertanya kepada Syahmi. Taktik bagus betul.

    “Eh, yang tu bukan buku Syahmi. Buku kawan saya. Dia baru masuk sini,” terang Syahmi.

    Good! Point yang betul. Sah buku mamat tadi. Nama atas buku tersebut terus dibelek. Adi Hijjaz. Ahli kumpulan Hijjaz ke dia ni?

    “Nama budak tu ke ni?” soalannya ditujukan kepada nama yang terdapat pada muka hadapan buku tulis tersebut. Muka pelik ditayang.

    “Haah!” Syahmi mengangguk.

    “Kenapa?” sambung Syahmi.

    Tawa yang cuba ditahan, meletus jua namun hanya sekejap. Mulutnya tanpa sedar menutur laju tanpa sempat ditahan oleh akal.

    “Skema gila nama, sebjik macam tuannya.” komen Tiya sesedap oren saja.

    “Ehem, ehem!” deheman di belakang mengejutkan Tiya dan Syahmi.

     Makk… Er, terlanjur sudah. Huhu! Tiya berbalas pandangan dengan lelaki yang baru diketahui namanya itu, Adi Hijjaz. Haih, itu la. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata makan penumbuklah jawabnya.

    Adi Hijjaz memeluk tubuh sambil tersenyum sinis kepada Tiya.

    “Tu buku saya. Terima kasih sebab ‘puji’ saya. Jarang orang puji macam tu,” perli Adi. Pedas! Macam cili boh campur dengan cili padi dan campur dengan belacan dikisar bersama. Pedas tahap infiniti!
    Tiya buat muka tak bersalah.

    “Ek? Kesian, kesian, kesian. Tak apa, nanti saya puji lagi,” bidas Tiya kembali.

    Syahmi tersepit antara tengah-tengah. Pening melihat situasi yang melanda.

    Erghhh, hati kering betul la minah ni, gerutu hati Adi. Biarlah, api tak boleh lawan dengan api. Nanti lagi kebakaran tu jadi bombastik. Maka, biarlah aku je yang jadi bomba.

    “Terima kasihla, cik…” dia memandang muka Syahmi dengan mimik muka yang bermaksud ‘apa nama awek ni?’.

    “Tiya!” Syahmi menjawab laju.

     “…hah, Cik Tiya. Boleh saya minta balik buku saya tu?” sambung Adi. Dia mengukir senyuman plastik kepada gadis di hadapannya.

    Tiya turut mengukir senyuman plastik. Buku dihulur kepada Adi.

    “Eh, boleh. Awat pulak tak boleh, buku awak lagipun. Anyway, sama-sama banyak-banyak saya ucapkan ye? Selamat berkenalan saya ucapkan, Adwira eh… Adi Hijjaz. Silap pulak. Adios!” sengaja Tiya pura-pura tersasul menyebut nama lelaki tersebut.

    Yeah, makanan free! Tiya datang ni. Muahaha!

    Langkah gadis itu diperhati.

    “Siapa tu?” soal Adi kepada Syahmi.

    “Awek kau ka?” sambungnya lagi.

    Senyuman syok sendiri mula diukir Syahmi.

    “Dia tu one of the famous girl in our school tau. Nama dia Atiyah Hannah. Dia, kakak dia dan abang dia memang legend dekat sekolah ni. Semua hebat dalam sport tapi pelajaran tetap maintain tip top. Tabik arr! Adik dia pun dah mula dok tonjolkan diri.” Tanpa diminta, Syahmi memberikan penjelasan panjang lebar bagai pengulas sukan.

    “Part awek tu, sikit lagi kot. Hehe! Tapi susah sikit dia tu. Suka main tarik tali.” Sambung Syahmi lagi.

   Ek, terlebih panjang lebar pulak penerangan dia dah gaya macam tengah buat pendahuluan untuk karangan SPM ja. Adi hanya mengangguk.

    “Aku blah dulu la… Assalamualaikum.”


HAI, senangnya dalam hati, seminggu aku dapat makan free. Haha! Tiya menyanyi girang di dalam hati sambil tersenyum menang. Makan free, duit tak ada la nak melayang sangat. Boleh buat simpanan untuk beli novel.

    Entah apalah nasib malang lelaki tu pun, Tiya sendiri tak tahu sehingga Tiya mencari pasal dengan lelaki itu. Terasa macam ada aura jahat saja bila dia Nampak lelaki tu. Itu yang kelakuannya agak tidak terkawal. Nasib la kau, Adi Hijjaz.

    Tiya melangkah keluar daripada biliknya lalu melangkah ke bilik Ira. Yeah, Along dah nak sampai. Suara bisikan seperti orang tengah berborak mula mengangkap halwa telinga saat langkah makin mendekati bilik angahnya. Dahinya dikerut.

    “Angah sembang dengan siapa pulak ni?” Tiya menutur perlahan.

    Tombol pintu Ira terus dipulas.

    “Along! Huwaa, rindunya. Tak bagitahu Tiya pun yang Along dah sampai. Orang pulun tunggu dia,” muka masam ditayang.

    Atiq Hariz ketawa.

    “Aiseh, merajuk pulak adik manja along ni. Dah, tak payah buat muka seposen. Siapa suruh tak tunggu dekat ruang tamu tadi?” ujar Atiq Hariz yang lebih gemar dipanggil Along dalam keluarganya. Wajah masam adiknya dipandang.

     Tiya menjelir lidah. Tanpa dijemput, dia meluru masuk ke dalam bilik Ira dan terus duduk di atas katil bersama-sama angah dan abangnya.

    “Ceh, dia pulak yang nak merajuk. Poyo betul!” Tiya mengutuk Ayie secara siaran langsung. Tiada tapisan! No mercy!

    Ayie menolak badan Tiya.

    Tersenyum Ira mendengar kutukan Tiya. Macam ni lah keadaan mereka adik-beradik apabila berkumpul bersama-sama. Asyik nak bergaduh saja tapi tak ada lah sampai bertumbuk bagai. Gaduh-gaduh manja tu ada la. Cara mereka mengeratkan silaturrahim. Ni nasib Atiq belum balik lagi, kalau tak keadaan macam dah pembikinan filem perang dunia ketiga je.

    “Along apa cerita duduk sana? Dah ada couple belum?” soal Ira nakal.

    Tiya turut tidak sabar menanti jawapan Ayie. Perghh, soalan hangat mengancam tu.

    “Duduk sana, bestlah jugak. Tapi duduk rumah best lagi kut. Bak kata pepatah, rumahku syurgaku.” Ayie sengih. Saja melambat-lambatkan masa untuk menjawab soalan kedua daripada Ira. Soalan paling top di pasaran.

    Namun melihatkan reaksi Tiya dan Ira yang masih senyap tidak menyampuk tanda ingin Ayie menjawab soalan kedua itu, mematikan usaha Ayie untuk mengelak menjawab soalan itu.

    “Heh, budak berdua ni. Tahu benda tu ja nak tanya. Along tak ada couple la tapi Along ada la suka dengan seorang girl ni.” Ayie bercerita selamba. Memang jarang ada rahsia antara mereka adik-beradik.

     Terbeliak mata Ira dan Tiya. Huh, berita menakjubkan. Setahun mereka, Along tak pernah suka dekat siapa-siapa sebelum ni. Yelah, stone heart macam Ira la. Tapi memangla, sekali Along jatuh cinta, bermakna orang yang Along suka tu meman mantop kalau tak Along takkan senang-senang jatuh cinta.

    “Siapa nama dia tu? Cantik tak? Eh, sah-sah la dia cantik, kalau tak takkan Along suka kat dia. Erm, Along tu umur berapa? Sama dengan Along ke? Dia course apa?” soal mereka bertal-talu.

    “Woo… wooo… Satu-satu la, dah gaya macam artis je Along ni sambil korang dua ni nak interview sampai macam tu sekali,” pening kepala mendengar pertanyaan adik-adiknya yang bagai peluru berpandu.

     “Siapa nama akak tu?” serentak Tiya dan Ira bertanya. Laju!

    Lucu melihat telatah adik-adiknya. Macam budak-budak kecik padahal dua-dua orang nak ambil exam besar tahun ni. Memang busy body adik-adiknya ni. Tawa kecil meletus daripada mulutnya.

     “Nama dia Dalilah. Orang panggil dia Ila. Sama umur dengan Along. Course sama dengan Along. Dia pun buat prep macam Along,” terang Ayie panjang lebar. Tepat dan padat!

    “Oooo…” meleret Tiya dan Ira menutur. Mulut kedua-duanya berbentuk ‘O’.

    “Along betul-betul suka dekat dia ke?” soal Tiya.

    “Hurm, kalau Along betul-betul suka, terus saja la lamar dia jadi isteri. Senang!” Ira menyambung pula.

    Ayie tersenyum hambar.

    “Impossible la, ngah. Dia baru break dengan boyfriend dia. Along tak rasa dia nak ‘berteman’ dalam tempoh terdekat ni.” perlahan Ayie menutur.

    “Along! Kalau Along betul-betul suka dekat akak tu, Along tak boleh cepat mengalah.” Ira member nasihat. Tiya mengangguk pantas tanda bersetuju. Dah gaya macam Doktor Cinta ja.

    “Susahlah, dik oii. Dia baru saja putus cinta, nak ke dia dekat Along?” Ayie mengulang sekali lagi ayat itu.

    Ira dan Tiya serentak mendengus.

    “Pftttt!!!”

    “Kami berdua tahu la sebab kami pun perempuan juga. Memangla susah nak terima orang baru tapi orang perempuan mudah melting dengan lelaki yang betul-betul ikhlas dan serius nak dekat dia, baru dia boleh terima. Once she seems like dah boleh terima Along, lepas tu luahkan lah niat nak masuk meminang tu. Kan senang?” Ira berkata panjang lebar.

    “Ewah… ewahh… gaya macam main pondok je ye nikah tu. Soal pinang-nikah-kahwin bukan soal mudah tau. Along pun tak ada pekerjaan tetap lagi. Nanti mana nak cari duit nak menikah dengan dia pulak? Korang tahu kan Along punya niat, kalau tunang tak suka tunang lama-lama.”

    “Ala, Along ambik la kerja engineer part-time dekat syarikat ayah kawan Along yang nama Faiz tu. Cukuplah tu. Selebihnya, mama dengan papa boleh top-up kan,” jawab Ira, selamba.

    Tiya hanya terangguk-angguk.

    “Dah la, tak payah fikir dah soal ni. Kes ditutup. Sekolah macam mana sekarang?” Ayie mengubah tajuk. Biarlah soal hatinya tidak dicakap lagi. Semuanya masih terlalu awal.

    “Coolio giler! Makin maju. Along tahu tak, si Farid tu masih terkejarkan Angah… Gila betul!” Tiya senyum meleret sambil memandang Ira.

    Ira membuat muka toya.

    “Tak serik lagi budak tu rupanya walaupun dah kena warning dengan Along tahun lepas,ek?” ketawa lucu meletus dari bibir Ayie.

    Ira menjulingkan mata ke atas. Arghh, tengok syiling yang putih bersih ni lagi bagus daripada tengok muka abang dan adiknya yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

    “Entah la mamat tu. Gila semacam. Tapi kan Along, mek sebelah Along tu pun ada budak bola sepak minat dekat dia.” Ira menjeling sambil tersengih. Ambik kau, tadi sakat sangat aku kan, kata hati Ira sambil bibir mengukir senyum balas dendam. Entah macam manalah rupa senyum tu. Agak-agaknya bleh jadi macam watak Joker dalam Batman tu tak?

    Tiya melorekkan riak wajah blur.

    “Siapa?” soal Ayie pantas.

    “Syahmi. Budak form 4.” Ira menjawab laju.

    Malas Tiya hendak bercerita mengenai mamat gila tu. Dia cuba menukar topik.

    “Eh, Along. Balik jauh-jauh dari Jepun tak ada beli buah tangan ke dekat Tiya. Pokok bonsai ke kimono ke?”

    “Ada orang tukar toopppikkk laaa pullakkkk…” sindir Ayie dan Ira serentak. Nada suara dileret panjang.

    Muka frust mula tertempek di wajah Tiya.


Older Post | Newer Post





Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !


DiaryAboutNovelSite