|| Just Him ||
Adiwira Alias AH 3
Saturday 21 December 2013 @ 13:06 | 1 Comment [s]

ARGHHH, bengkek betul! Kureng asparagus betul mamat tu. Boleh pulak dia sindir aku macam tu. Dah kalau budak baru tu, buat la macam budak baru. Ini tak, buat gempak boleh! 

     Arghh, menggelegaknya hatinya sekarang ni.



Sebelum itu, di sekolah.

ALAMAK, budak skema la.
 
    “Weh, tu prince charming kau. Pergilah ayat dia, kut cair ke?” kata Tiya kepada Didi.

    Ijat dan Laila sengih kerang busuk kepada Didi mendengar kata-kata Tiya namun sengihan itu mati apabila melihat jelingan maut daripada Didi.
 
    “Tak payah nak sindir aku. Aku just puji dia tu handsome. Tapi aku tak kata pun aku suka dia,” sela Didi.

    “Ek?” Tiya mengangkat kening sebelah sambil tersenyum mengusik.

    “Buat tak puas hati boleh pulak minah ni.”

    “Wooo… chillax! Aku usik je pun. Sentap pulak mek ni. Pergilah tegur adiwira kau tu.” perli Tiya lagi.

    “Aku buat betul-betul kang.”

    Ijat dan Laila malas nak masuk campur jadi sayur campur. Tak pasal kena lenyek kat tengah-tengah. Lebih baik mereka makan keropok lekor ang dibeli di kantin tadi.

    “Pergilah!” Tiya mencabar.

    “Okey!” Didi dah bersedia untuk menegur Adi sebaik mereka berpapasan dengan Adi.

    “Hai, budak baru ke?” Didi bagai sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya-tanya pula. Inilah yang dinamakan taktik.

     Adi senyum nipis ke arah Didi lalu mengangguk.

   “Ceh, skema betul!” gumam Tiya perlahan dalam pada dia menumpukan perhatian kepada novel di tangannya.

    “Cik Atiyah Hannah. Apa yang awak tak puas hati dengan saya ni?” soal Adi tiba-tiba. Marahnya bagai tidak dapat ditahan. 

     “Aiseh, dengar la pulak,” tutur Tiya perlahan. Otak ligat mencari idea untuk mematahkan kata-kata Adi.

     “Lah, awak perasan saya kata dekat awak ka? Saya rasa awak dah salah anggap kot. Saya kata dekat orang depan kita.” kata-kata itu laju meluncur keluar dari bibir Tiya. Ahh, gasak ja!

    Didi senyap. Not my problem! Perlahan-lahan dia mengundurkan diri.

    Miss Hannah. There are no anyone else in front of you except me.” tegas Adi sambl tersenyum sinis. Memang menguji kesabaran aku betul la budak ni.

    “Oppsss…” Tiya membawa tapak tangan sebelah kanan ke bibir.

    “…sah la skema. Mr. Adi, awak tak ada terfikir ke kemungkinan ada orang lain jalan dekat depan kita tadi dan sekarang dah pergi.” bidas Tiya selamba badak.

    So, memang betullah awak kata saya ni skema, kan?” umpan dah mengena.

    “Biarlah saya nak kata apapun, my mouth not yours.” Tiya gelabah. Aduh, mulut ni kan dah kantoi.

    Eiii, melawan gila budak ni. Sungguh dia tidak dapat menelan amarahnya lagi.

    “Mulut tak ada insurans betul. Fail manners!”

    Tiya sentap. Membulat mata bundarnya merenung wajah Adi.

    “Weiiii! Tarik balik kata-kata kau tu.”

*this is Tiya tapi abaikan kalau tak suka dia jadi Tiya. hehe!*

    Nah amik kau, buku dah bertemu dengan ruas, bisik hati Didi.

    Muka toya ditayang pada gadis di hadapannya.

     “Eh, biarlah. My mouth not yours. Who cares!” Adi terus berjalan meninggalkan mereka.

    Didi, Izat dan Laila ketiga-tiganya tergamam.

    Goose bump! Tiya lagi-lagi dan lagilah tergamam. Tergamam tahap GIGA!

    Dan perang mula meletus.

    Ketukan pada pintu bilik membuatkan Tiya tersedar daripada lamunan.

    “Masuk!”

    Ira melangkah masuk ke bilik Tiya.

    “Tengah buat apa? Baring dan berangan, huh?” sarkastik Ira.

    “Angah kalau datang sini nak buat orang makin hangin lebih baik tak payah.” sela Tiya.

    Uuuu…aura taufan sandy dapat dirasakan.

    “Ewahhh, halau kakak dia boleh pulak. Dosa tau tak?” ugut Ira.

    “Yelah, yelah… Sorry! Kenapa datang sini?”

    “Petang ni, jom ajak Along pergi mall.” Kening diangkat sebelah. Tahu Tiya pasti tidak akan menolak cadangannya.

    Sebuah senyuman mula mengambil tempat di wajah Tiya.

    “Nak buat apa?” soalan itu lantas meletus dari bibir Tiya walaupun dirasakan ajakan itu amatlah menarik sekali.

    “Saja nak spend time dengan Along and adik sekali. Lagipun kita semua kan makin sibuk sekarang.”

    “Hurm, dah tanya adik ke belum?”

    “Dah, ni pun baru keluar daripada bilik dia.”

    “Oh, okey! Tiya okey ja. Tiya pun nak beli buku latihan dengan alat tulis sikit dekat bookshop.”

    Alright! Nanti Along balik kita bagitahu.”

    “Eh, Along pergi mana?” soal Tiya dengan muka pelik. Bukan Along tengok tv dekat ruang tamu ke tadi?

    Ira menjulingkan mata ke atas. “Buat kelam boleh pulak budak ni. Hantar masuk Gua Kelam baru tahu. Along pergi mana lagi, jumpa ex-team football dia macam biasa la.”

    “Oouhhhh…” nada itu ditarik panjang dengan mulut membentuk ‘O’.


BADAN dihempas ke atas single katil bujangnya. Usai berbaring dengan posisi yang selesa, tangan diletakkan ke atas dahi sambil otak ligat memikirkan sesuatu. Hari ini genap sebulan dia bertukar sekolah. Bertukar sekolah ya bukan bertukar diri ala-ala Transformers tu. 

    Otak bagai memutarkan semula segala memori semenjak dia bersekolah di sekolah barunya itu.

    Berkenalan dengan geng Syahmi yang rata-ratanya pemain bola sepak sekolah, ada budak perempuan minta nombornya. Ada juga gadis yang terlebih daring minta couple terus dengan dirinya. Tapi yang paling tak boleh blah ialah ada gadis yang seperti sengaja mencari gaduh dengan dirinya. Haishh, entah apa-apa ja.

    Tapi yang peliknya, kenapa gadis yang bernama Atiyah Hannah itu seperti jijik atau anti sangat dengan dirinya. Aku ni kuman ke sampai gadis tu nak bertindak sebagai antibiotik? Ataupun aku ada salah dengan dia? Hish, tak faham betul. Kut ye pun nak ucap selamat datang ke sekolah itu, tak kanlah sampai macam tu sekali.

    Berkerut dahi Adi memikirkan hal itu. Haish, boleh cepat tua aku kalau fikir tentang dia. Asal fikir saja dahi berkerut, asal dahi berkerut saja fikir tentang dia. Last-last aku yang jadi mangsa, umur muda tapi rupa nampak tua. Huhuhu! Tak sanggup den.

    “Aii, mengelamun jauh nampak..” tegur kakak kembarnya yang berumur 17 tahun. Mesti semua kelam dan pelik kenapa kembarnya umur 17 tahun?

    Begini ceritanya. Ibu mereka lahirkan mereka berdua ketika malam tahun baru. Dengan takdir Allah, kakak kembarnya keluar 5 minit lebih awal sebelum jam mula berdetak menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dan Adi pula lahir 11 minit selepas kembarnya dilahirkan. Itulah alkisahnya. Dah faham kan?

    “Takdalah jauh manapun. Atas bumi lagi saja haa. Atau lebih terperinci masih di bumi Malaysia. Tak terasa nak pergi sampai ke nun Nigeria tu haa,” bidas Adi cuba berlelucon.

    Kembarnya ketawa lepas. “Fikir apa? Sampai berkerut habis dahi. Tak nak kongsi dengan kembar awak sendiri ka?” kembarnya meronggeng keningnya. Sengih diukir.

    “Ada girl dekat sekolah tu, dari hari Adi mula-mula masuk sekolah sampai sekarang asyik nak cari pasal dengan Adi. Dia ucap selamat datang ke sekolah tu pun dengan cara gaduh. Fail tatasusila!” luah Adi, kegeraman.

    Kembarnya tertawa lagi. “Kartun betullah Adi ni. Ada pulak kata macam tu.”

    Adi menjulingkan mata ke atas. “Lah…tak percaya pula. Betullah. Entahla, apa pasal dia anti sangat denganAdi pun tak tahu.” Jerk!

    “Entah-entah dia saja nak tarik perhatian Adi kot. Yelah, Adi kan hot dan macho. Ye tak?” teka kembarnya.

    Adi menunjukkan muka sengih riaknya. “Ehem…part yang akak cakap Adi hot dan macho tu Adi setuju tapi part dia nak arik perhatian Adi tu, it is impossible. Very impossible.” Dengan penuh keyakinan Adi menutur. Haisy, dah gaya macam Kim Possible ja. 

    Anyway, macam mana study? Cikgu ok?” tutur Adi laju sebelum sempat kembarnya menjawab. Cuba mengalih tajuk katakan.

    “Okey ja tapi seramlah. Tahun ni SPM!!!!” kakak kembarnya mempamerkan wajah sedih.

    Adi pulak memaparkan riak kejam. Tersengih kepada kakaknya. “Padan muka. Lahir awal lagi!” dia menjelirkan lidah kepada kakaknya. Macam budak kecil.

    “Oii… tak baik tau cakap macam tu. Takdir Allah tu. Nak buat macam mana dah akak lahir awal. Takkan nak tolak takdir kot.”

   “Yelah. . yelah.. Nenek sorang ni.. sikit-sikit bebel.”

    Telinga Adi dipulas kembarnya tiba-tiba. “Apa?!! Nenek ye!!! Sardin punya adik. Sumpah jadi ikan sardin kang. Tak pasal selamat akak telan masuk dalam perut.”

    “Eleh! Macamlah dia ada kuasa veto macam ibu. Wekk!!!” sekali lagi dia menjelirkan lidahnya kepada kembarnya.

    “Biarlah.. akak minta ibu sumpahkan Adi nanti.”

    “Kejam tahap petala betul ar akak ni. Tahulah stress nak SPM lagi 4  bulan.” Adi sudah ketawa jahat.

    “Teruk punya adik. Asyik nak menyakat orang ja. Tengoklah tahun depan, kaw-kaw akak pekena Adi.”

    “Tak kisah….” Adi mengejek. Riaknya selamba sahaja.

    Mereka saling menjelir lidah antara satu sama lain. Masalah kementelan betul kembar berdua ni.

 
MATA masih meliar mencari novel yang best dan latest di pasaran.

    “Angah lambat lagi ka?” rungut Tiya.

    “Kejaplah…” makin laju matanya mengesan dan mencari novel yang dekat dengan hatinya.

    Ayie merenung jam tangan. Perutnya sudah berbunyi lagi tanda minta untuk diisi. “Macam nilah. Adik temankan Angah memandangkan adik pun nak cari buku rujukan lagi, kan?” soal Ayie sambil memandang wajah Atiq.

    Atiq mengangguk laju.

    “Adik dengan Angah pilihlah buku. Along dengan Tiya pergi Pizza Hut dulu, eh? Dah lapar sangat ni. Nah, duit nak bayar buku nanti.” Dua keping not RM100 dihulur kepada Ira. “Jangan lupa bayar buku Tiya sekali.” Pesan Ayie.

    “Okey!” Ira dan Atiq serentak setuju.

    Tiya mengukir senyuman. Buku latihan yang dipilihnya tadi dihulur kepada Ira. Selepas itu, Tiya dan Ayie melangkah menuju ke Pizza Hut. Tangan Ayie dipaut erat oleh Tiya. Sekali pandang seperti sepasang kekasih pula. Cewaaahhh..

    Namun, tanpa disedari ada sepasang mata sedang memerhati gelagat Tiya dan Ayie.

    “Ini rupanya perangai kau yang sebenar.”
 


Older Post | Newer Post





Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !


DiaryAboutNovelSite