Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku
Assalamualaikum, hye semua!
Berblogwalking punya berblogwalking, terjumpa GA ni. InsyaAllah, bermanfaat GA ni.
Okey, hijab bermaksud tertutup. Jadi seperti yang kita tahu, semua muslimah diwajibkan berhijab dan untuk berhijab mestilah melalui bertudung. Setakat bertudung saja belum lagi membawa maksud kita berhijab.
Jadi dalam langkah untuk bertudung, kita mesti berhijab dulu. Faham tak apa yang saya cuba sampaikan?
Okey, saya bagi contoh untuk anda buat perbandingan.
Berhijab dengan bertudung ;
Aminah bertudung dan menutup auratnya dengan sempurna including memakai stokin.
Bertudung tanpa berhijab ;
Siti bertudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek dan berseluar ketat.
Nampak tak perbezaan antara berhijab dengan bertudung dibandingkan dengan bertudung tanpa berhijab.
So back to the GA, penganjurnya menetapkan syarat bahawa mesti listkan kepentingan berhijab.
Al-Quran ada menyatakan perintah berhijab kepada semua muslimah seperti ayat Al-Ahzab ayat 59.
Artinya : ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].
Jelas sekali di dalam ayat tersebut tentang kepentingan berhijab.
So, here's the list of the need of hijab.
1. Supaya tidak diganggu dengan pandangan liar lelaki.
2. Berhijab juga adalah ibadah kerana Allah telah memerintahkan muslimah berhijab sepertimana Allah memerintahkan kita untuk mendirikan solat.
3. Memudahkan muslimah menunaikan solat bilamana mereka sudah berhijab dengan sempurna.
4. Untuk membezakan orang bukan Islam dan orang Islam.
5. Menjaga aib muslimah tersebut.
6. Melindungi hak 'khas' seorang suami. Tahukan yang hanya suami kita sahaja berhak melihat diri kita sepenuhnya? ^^
7. Dapat melindungi kita daripada pancaran matahari. Tak perlu nak berpayung pakai losyen etc sekalian. Berhijab saja dah lindung kita. Mudahkan?
8. Melindungi kita daripada bahaya di sekeliling.
Okey, sebenarnya banyak lagi kepentingan untuk berhijab tapi saya cuma listkan yang tu saja. ;)
Moga memberi manfaat kepada semuayanmg membaca.
Fil amanallah, ^^
Older Post | Newer Post