|| Just Him ||
Profil Al-Quran
Saturday 28 December 2013 @ 01:00 | 0 Comment [s]

 
  
Assalamualaikum, semua.
Malam ni tiba-tiba terdetik untuk share sedikit info tentang profil Al-Quran. Insya-Allah, moga-moga berguna untuk kita semua. Sebenarnya, saya update tentang post ini pun sebab saya nak revise balik dan ingat balik tentang butir-butir penting mengenai Al-Quran.



Nama lain bagi Al-Quran ialah Al-Kitab, Al-Zikr, Al-Furqan, Al-Tanzil.


*klik untuk tumbesaran*

Surah pertama dalam urutan ialah Al-Fatihah dan surah terakhir ialah An-Nas. Hati Al-Quran ialah Yaasin.


 Pada zaman Rasulullah, ayat Al-Quran ditulis pada pelepah kurma, kulit binatang, batu dan kebanyakannya dihafal oleh para sahabat.

Pada zaman Saidina Abu Bakar,beliau mengarahkan Zaid bin Tsabit mengumpulkan ayat Al-Quran dari penulis wahyu dan ditulis dalam satu mushaf. Hal ini demikian kerana, kebanyakan sahabat yang menghafaz ayat Al-Quran wafat dalam peperangan, jadi bagi mengelakkan ayat Al-Quran tidak lenyap begitu sahaja, maka usaha tersebut telah diambil.

Pada zaman Saidina Umar pula, ayat Al-Quran dikumpulkan dan ditulis dalam satu mushaf buat pertama kali, tanpa baris dan titik.

Pada zaman Saidina Uthman pula, Al-Quran dibukukan menjadi sebuah mushaf lengkap dengan baris dan titik dan diberikan nama Resam Uthmani.




Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah, kesucian Al-Quran akan tetap terpelihara sehingga hari Qiamat. Pelbagai ilmu terkandung di dalam Al-Quran meliputi ilmu Sains, Astronomi, Tauhid, Feqah dan Matematik dan banyak lagi.

Fakta menarik tentang Al-Quran;

1. Nama nabi yang paling banyak disebut ; Nabi Musa. Bilangannya saya tak ingat tetapi beratus.

2. Nama Nabi Muhammad disebut sebanyak 11 kali. Mengikut sesetengah pendapat nama Nabi Muhammad disebut sedikit kerana agak biadap kita sebagai umat Nabi Muhammad menyebut namanya begitu sahaja

3. Jumlah ayat Sajdah (Ayat yang disunatkan sujud tilawah) ialah sebanyak 15 kali dalam 14 surah. Terdapat dua ayat Sajdah dalam surah Al-Haj.

4. Kesemua ayat dalam juzuk Amma iaitu juzuk yang terakhir, kesemuanya diturunkan di Makkah.

5. Al-Quran menekankan soal solat sebanyak 700 kali.

6. Nama Allah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 2698 kali.

7. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:

Makkiyah- Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan "yaa aiyuhannaas.." dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.

Madaniyah- Berjumlah 4,780 dan kerap dimulakan dengan ayat "Yaa aihalladzina amanu.." dan mengandungi hukum-hukum.

Sekian, dahulu. Moga bermanfaat untuk kita semua. Salam alaik. Fi hifzillah.

Kebanyakan info saya peroleh daripada page di bawah, silalah lawat page tersebut. :)

- http://puteraislam34.blogspot.com/2011/07/biodata-al-quran.html
- http://baca-blogspot.blogspot.com/2012/10/15-fakta-al-quran.html




Older Post | Newer Post





Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !


DiaryAboutNovelSite