|| Just Him ||
Precious or Priceless?
Friday 27 December 2013 @ 01:26 | 0 Comment [s]

 
 

Assalamualaikum, keifa hal?


Dalam entry kali ni, saya nak bagi sedikit tazkirah. Ilmu saya tak ada lah setinggi mana tetapi selagi mampu berdakwah, InsyaAllah saya akan berdakwah. ;)
Entry kali ni saya khususkan kepada para gadis dan muslimah di luar sana. Trending orang bertudung makin meningkat sekarang tetapi trending orang 'berpakaian tetapi terlanjang' turut meningkat bersama-sama dengan trending orang bertudung.


Sungguh, kecewa sangat melihat situasi ini. Kebanyakan memakai tudung atau berhijab, bukan dari hati mereka tetapi kerana fesyen semata-mata. 

Kalau bukan kerana fesyen, tiadalah video-video tutorial 'Cara-cara memakai selendang/hijab'.
Kalau bukan kerana fesyen juga, tiadalah orang yang bertudung tetapi memakai pakaian yang ketat atau tudungnya singkat.

Kalau bukan kerana fesyen juga, tiadalah orang yang tudungnya seperti biskut. Kejap ada, kejap tak ada.

 *Yang mana satukah anda?*

Fenomena ini semakin membarah dalam masyarakat kita. Masih ramai yang tidak mendalami apa erti sehelai hijab/tudung. Bukan sekadar melindungi rambut kita tetapi juga dengan sehelai tudung/hijab itu dapat melindungi kita daripada pandangan liar daripada lelaki.





Jadi apa gunanya memakai tudung/hijab, jika kamu masih mengenakan pakaian yang ketat/sendat/melekat/singkat/jarang? Hal ini demikian kerana, dengan berpakaian begitu, kamu masih tidak dapat elakkan diri daripada pandangan liar lelaki walaupun kamu sudah bertudung.

Berhijab juga dapat melindungi aurat kita. Tahukan, aurat itu aib? Aib pula kemaluan. Maka, perlulah kamu semua melindungi aib kamu daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.




Jangan berbangga dapat dedahkan aurat. Tahu tak bahawa wanita ini lebih berharga daripada dunia ini?

Begitu tinggi sekali martabat wanita diangkat oleh Rasulullah SAW tetapi kenapa dengan mudah kamu menjatuhkan semula martabat itu? Tolonglah, sedar!!!





Jangan biar fikiran diracuni oleh idea-idea merosakkan dari negara Barat. Gunakan akal yang Allah anugerahkan kepada kita dengan sebaiknya.

Terserah kepada anda untuk jadi 

The Precious One atau The Priceless One?



That's all for this time. Alhamdulillah ala kulli hal. Salam Alaik. Fi hifzillah.


Older Post | Newer Post





Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !


DiaryAboutNovelSite