|| Just Him ||
What is Islam ?
Friday, 7 December 2012 @ 15:26 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum,, hye semua. Kaifa hal ? Saya doakan semuanya sihat ya. ^^
Tajuk post saya hari ni ialah ---->
What is Islam ?
Islam berasal daripada perkataan 'salam' yang bermaksud aman, sejahtera dan selamat. Islam adalah satu-satunya agama yang direstui oleh Allah. Sepertimana firman-Nya ;

Sesungguhnya agama(yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.
 Saat bibir kita mula mengucap kalimah syahadah, iaitu 'Asyhadu anlaa ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadarr rasulullah' secara automatik, islam lah kita. Jaga kalimah itu baik-baik. Kalimah itu amat berharga. Tapi jangan biarkan identiti kita sahaja islam tapi dalamannya kafir. Nauzubillah.

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" 
Al-Baqarah ; 256
Bersyukurlah mereka yang dilahirkan sebagai seorang muslim. Dari kecil sudah ditarbiah dalam diri itu bagaimana fitrah seorang insan bergelar muslim. Tidak perlu bersusah payah bertengkar dengan ibu bapa dan family semata-2 nak tukar agama. Bersyukurlah.

“Orang yang ridha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul, niscaya akan merasakan kelezatan iman.” [HR. Muslim].



Tapi tidak bermaksud apabila kita dilahirkan sebagai seorang muslim, hidayah itu kekal menjadi milik kita. Firman Allah ;

"Barang sesiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan siapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi" Al-Araf ; 178

Jadi kepada mereka yang muslim, teruskanlah mengejar redha Ilahi dan berdoa agar terus diberi hidayah oleh-Nya.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia." (Al-Imran;8)

Okey, sampai di sini dulu entri saya kali ini. Idea kering la. Lagipun tak nak otak anda biul baca banyak-2. Tabarakllah. Fil amanallah. Assalamualaikum. ^^


Older Post | Newer Post





Assalamualaikum. Thanks for coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard and follow please Don't forget to come here again !


DiaryAboutNovelSite